Friday, February 4, 2011

Novel "CINTA Kau dan aku"

Novel ini, beli dah lama sangat
terperap atas meja,
setiap kali pandang....hati cakap 'biar dahululah'
dua kali pandang hati ucapkan kata yang sama lagi 'biar dahulu'
tiga kali pandang...macam itu juga...hati tetap kata benda yang sama 'biar dahulu'
berkali-kali pandang.. hati masih mengatakan benda dan perkataan yang sama 'biar dahulu'

Berbulan-bulan buku tersebut dibiarkan atas meja tanpa terusik.
bulan berganti tahun.. dari tahun 2009 masuk tahun 2010 kemudian masuk tahun 2011.
masih tiada keinginan lagi dalam hati untuk membacanya
walaupun dari tajuk novel tersebut kita boleh lihat betapa menariknya novel itu dan
saya sendiri percaya novel tersebut memang bagus
seperti kata penulis,
saya percaya novel tersebut akan meninggalkan satu perasaan yang mendalam kepada saya
tapi entahlah, hati masih lagi mencari-cari hari, waktu dan masa yang sesuai untuk membacanya.

Masuk tahun baru 2011, saya bertanya pada hati sendiri...'bila agaknya aku hendak membaca novel itu?aku tahu novel itu menarik'

Sehingga saat ini pada tarikh ini, tarikh keramat bagiku 4 Febuary 2011,
 Disebabkan kebosanan yang melampau-lampau
aku telah mengambil keputusan untuk membacanya.

Ku koyak plastik yang membalutnya, kemudian aku membaca, tapi tidak seperti selalu...
tidak seperti sebelum ini, aku mengambil keputusan untuk membaca dari awal jalan cerita hingga ke penghujungnya.

Dari awal penceritaan, aku gelak sendirian, aku sentiasa tergelak..dan nasib baik aku tinggal sendirian, jika tidak pasti aku akan dikatakan gila haha3....
Penceritaannya begitu menghiburkan...aku senyum sendirian, gelak sendirian...
apabila difikir-fikirkan, aku bolehlah dikatakan gila apabila membaca novel
sebab??
setiap kali aku membaca satu-satu novel, saya menghayati sepenuhnya jalan cerita penulis terbabit.

Itulah yang terjadi pada aku apabila aku membaca novel 'cinta aku dan aku'..
apabila jalan ceritanya mengembirakan aku senyum, gelak
apabila jalan ceritanya menyedihkan, aku menangis sendirian..
Itulah yang berlaku pada diriku hari ini, sudah banyak air mataku jatuh berderai membasahi bantalku dan tilam..sampai merah mataku, dan
susah hendak bernafas kerana terlampau banyak menangis

Penceritaan novel ini sungguh menarik
Terima kasih buat penulis
Tidak rugi aku menghabiskan duit gaji untuk membeli novel seperti ini

............

Monday, January 17, 2011

Berita Harian Online | Sudah lali kontroversi

Berita Harian Online Sudah lali kontroversi



"sudah lali dengan kontroversi" kerana dia suah biasa buat perkara-perkara mcm tue..


lagi satu saya tertanya-tanya jugak betul ker mak fasha marah kt kawan dier yang sebarkan gambar-gambar tersebut dalam FB??Perlu ke marah KAWAN anak dier?sedangkan anak dier sendiri yang bersalah....tulah....ibu bapa kalau dah sayang anak memang tak akan kata anak sendiri bersalah....selalu salahkan orang lain.


kepada ibu bapa, nasihat dulu anak masing-masing sebelum menyalahkan anak orang lain. Tanya mereka dahulu apa yang mereka buat?Tahu ke perbuatan mereka salah ke betul perbuatan mereka?tanya mereka sama ada mereka faham ke siapa mereka sebenarnya.



Saya sendiri ingin mengingatkan diri saya mengenai hal ini moga-moga tidak berlaku hal yang demikian dalam hidup saya...AMIN.....